Saturday, 31 January 2015

MAJLIS PIBG KALI KE-13 & MAJLIS TAUTAN KASIH 2015

Pada 31/1/15 Mesyuarat Agong PIBG kali ke-13 telah berlangsung denga jayanya di Dewan Terbuka KD10. Majlis telah dirasmikan oleh Adun Kota Damansara, YB Pn. Hjh. Halimaton Saadiah Bt. Hj. Bohan. Ramai ibu bapa telah hadir pada hari tersebut sebagai tanda sokongan terhadap PIBG dan ingin berkongsi serta mengambil berat segala aktiviti, perancangan serta kesulitan yang berlaku di KD10.

Antara agenda mesyuarat yang dilaksanakan adalah :

  • Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12
  • Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2014/2015
  • Membentang dan menerima Laporan Kewangan PIBG Sesi 2014/2015
  • Pembentangan usul dan cadangan
  • Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015
  • Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2015/2016

YDP PIBG bagi sesi 2015/2016 masih kekal dipegang oleh Dato' Shakir Hussein bin Khalid yang merupakan YDP PIBG bagi Sesi 2014/2015.

Perarakan masuk VIP

Persembahan silat daripada murid

Ucapan daripada pngetua KD10

Persembahan selingan daripada pasukan nasyid sekolah

Antara ibu bapa yang hadir

Usul daripada ibu bapa

YDP PIBG menjawab pertanyaan ibu bapa

Barisan AJK PIBG Sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment