Minggu ke-2 atau lebih tepat lagi bermula dari 19/1/15 hingga 26/1/15, merupakan tarikh bagi edaran BKAP kepada murid-murid KD10.
Maka, pada 20/1/15, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan BKAP kepada murid-murid tingkatan 3. Perasmian dan penyerahan telah dilakukan oleh YB Kota Damansara, YB Pn. Hjh. Halimaton Saadiah Bt. Hj. Bohan. BKAP diserahkan kepada ibu bapa murid-murid tingkatan 3.
Tujuan agihan adalah sebagai bantuan kepada para murid untuk membeli barangan pendidikan dan keperluan persekolahan.
Jadual edaran BKAP adalah seperti berikut;
- Peralihan - 19/1/15
- Tingkatan 1 - 19/1/15
- Tingkatan 2 - 21/1/15
- Tingkatan 3 - 20/1/15
- Tingkatan 4 - 22/1/15
- Tingkatan 5 - 23/1/15
Ibu bapa dikehendaki hadir bagi menerima wang BKAP sebanyak RM100 di kelas anak masing-masing bagi murid-murid tingkatan 1, 2, 4 dan 5.
|
Majlis Penyerahan BKAP 2015 |
|
Penyerahan BKAP di majlis |
|
Penyerahan BKAP di kelas |