Monday, 9 March 2015

MAJLIS PELANCARAN PISA

SMK Seksyen 10 Kota Damansara telah terpilih mewakili Malaysia dalam Programme for International Student Assessments (PISA). Seramai 42 murid akan menjadi sampel ujian PISA yang akan berlangsung pada 5 Mei 2015. Malaysia termasuk dalam 64 buah Negara di sunia menyertai PISA. Objektif PISA adalah untuk mengukur tahap pencapaian murid di Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.

Murid yang terpilih untuk menjadi sampel ujian PISA



Tuesday, 3 March 2015

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2014

Tanggal 3/3/15, keputusan SPM 2014 telah diumumkan. Seramai 376 pelajar KD10 Tingkatan 5 2014 boleh menyemak keputusan SPM mereka. Edaran keputusan SPM di KD10 bermula dengan majlis ringkas penyerahan slip SPM bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Majlis diikuti dengan penyerahan slip keputusan SPM oleh guru-guru kelas Tingkatan 5 2014 di kaunter yang telah disediakan.

Selain kaunter untuk mengambil keputusan SPM, kaunter untuk pemegang-pemegang saham koperasi KD10 juga dibuka dimana para pelajar tersebut boleh mengambil dividen saham masing-masing.

Pencapaian pelajar cemerlang SPM 2014 KD10:

-Straight A - 11 0rang
-9A - 4 0rang
-8A - 5 0rang
-7A - 9 0rang

Peratus kelulusan bagi keputusan SPM KD10 2014 adalah 87.1% Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya!

Bekas pelajar berdebar mengambil keputusan masing-masing

Barisan pelajar cemerlang SPM 2014




Monday, 2 March 2015

PERASMIAN MINGGU BIDANG BAHASA

Pada hari Isnin 2/3/15, Bidang Bahasa KD10 telah melancarkan minggu Bidang Bahasa. Sebuah majlis pelancaran ringkas telah diadakan dan dilancarkan oleh Pengetua KD10 iaitu Tuan Abdul Ghaffar Bin Bakar.  Pelbagai aktiviti telah disusun oleh panitia-panitia dalam bidang bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab, Panitia Bahasa Tamil dan Panitia Bahasa Cina samada sesi pagi mahupun petang.

Berikut merupakan aktiviti yang telah disusun :

Dirasmikan oleh tuan pengetua KD10


Barisan guru-guru bidang bahasa di bawah panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil